Tuesday 11 September 2007

MATLAMAT STRATEGIK - HEM

1. Memastikan Program Bimbingan dan kaunseling berjalan dengan baik.

2. Memastikan pelbagai ceramah, kempen dan seminar diadakan untuk membina sahsiah murid.

3. Memastikan program-program berkaitan kesihatan, kebersihan dan keceriaan sekolah diadakan sepanjang masa.

4. Mengadakan sesi perjumpaan dan dialog dengan ibu bapa serta komuniti setempat untuk membentuk sahsiah murid.

5. Mengadakan program-program yang melibatkan komuniti setempat untuk mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dengan komuniti.

6. Menggalakkan penglibatan semua murid dalam aktiviti riadah dan sukan supaya mereka tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak diingini.

7. Menggalakkan penglibatan semua pihak, termasuk pihak polis dalam usaha ke arah Sekolah Selamat.

8. Mewujudkan hubungan erat dan mesra dengan JKK/ LPS/ Persatuan Bekas murid/PIBG.

MATLAMAT STRATEGIK - KOKURIKULUM

1. Menggalakkan penglibatan semua murid dalam sukan, permainan, persatuan-persatuan dan badan-badan beruniform.

2. Memastikan semua guru mempunyai kemahiran dalam bidang kokurikulum yang dipertanggungjawabkan.

3. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum.

4. Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam program-program kokurikulum sekolah.

5. Mengenalpasti dan memberi tumpuan kepada jenis-jenis aktiviti kokurikulum untuk mencapai prestasi cemerlang.

6. Berusaha melengkapkan prasarana seperti padang dan gelanggang permainan supaya aktiviti permainan dan sukan dapat diadakan.

7. Berusaha melengkapkan peralatan sukan, permainan dan persatuan-persatuan supaya aktiviti-aktiviti dapat berjalan dengan baik.

8. Memastikan guru-guru sukan dan permainan mempunyai kemahiran dalam permainan berkenaan.

OBJEKTIF KHUSUS -KURIKULUM

1. Pada akhir bulan April 2007, semua panitia telah menyediakan pelan tindakan.

2. Pada akhir bulan Mei 2007, sukatan Matematik dan Sains Tahun 6 telah dihabiskan.

3. Pada akhir bulan Julai 2007, murid-murid Tahun 6 telah menghabiskan sekurang-kurang 4 set soalan bercorak peperiksaan awam bagi semua mata pelajaran.

4. Pada akhir bulan Mac 2007, semua murid Tahun 1 telah menguasai suku kata bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

5. Pada akhir bulan Julai 2007, murid-murid Tahun 6 telah menghadiri 2 kali sesi motivasi.

6. Pada akhir bulan November 2007, murid-murid Tahun 4 dan 5 telah menghadiri sekurang-kurang 1 kali sesi motivasi.

7. Pada akhir bulan April 2007, semua murid telah menguasai sifir 2 hingga 9.

8. Pada akhir bulan Jun 2007, semua guru telah dicerap pengajaran mereka sekurang-kurang 1 kali.

9. Pada akhir bulan November 2007, semua guru telah menghadiri sesi motivasi sekurang-kurang sekali.

10. Pada akhir bulan Jun, semua murid Tahun 1 telah menguasai Hanyupinyin (Fonetik B. Cina)

11. Pada akhir bulan Julai, murid-murid Tahun 6 telah menghadiri sekurang-kurang 2 kali Ceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR.

12. Pada akhir Mei semua murid Tahun 1 telah diperkenalkan sekurang-kurang 10 nursery rhymes.

13. Pada akhir bulan Jun, semua murid telah menggunakan kemudahan akses kendiri B. Inggeris sekurang-kurang 12 kali.

14. Pada akhir bulan Jun, semua murid telah membaca sekurang-kurang 30 buah buku cerita.

OBJEKTIF KHUSUS - KOKURIKULUM

1. Pada akhir bulan Januari 2007, semua pasukan permainan/sukan wakil sekolah telah ditubuhkan.

2. Pada pertengahan bulan Januari 2007, latihan pasukan permainan/sukan wakil sekolah mula berlatih.

3. Pada akhir bulan Mac 2007, semua guru/jurulatih pasukan sukan/permainan telah mengikuti bengkel/ kursus permainan berkenaan.

4. Pada akhir bulan April, semua guru badan-badan beruniform telah menghadiri kursus pendedahan pengendalian aktiviti badan beruniform berkenaan.

5. Pada akhir bulan Jan 2007, Pasukan Bola Keranjang dan Ping Pong telah mengadakan sekurang-kurang satu kali perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.

6. Pada akhir bulan Februari 2007, Pasukan Koir Sekolah telah ditubuhkan dan mula berlatih.

No comments: